Source: http://www.malaysiakini.com/news/94388
Wartawan internet paling ramai dipenjara
Dec 5, 08 2:16pmWartawan dalam talian dan penulis blog kini lebih ramai mendiami penjara di seluruh dunia berbanding petugas media bukan Internet, lapor satu pertubuhan kebebasan media hari ini.
Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), dalam bancian mutakhirnya, mendapati 45 peratus petugas media yang ditahan terdiri daripada editor dan wartawan dalam talian, serta pengendali blog.
“Wartawan dalam talian membentuk kumpulan profesional (media) buat pertama kali dalam bancian penjara CPJ,” kata pengarah eksekutif pertubuhan yang berpangkalan di New York itu, Joel Simon.
Daripada 125 wartawan yang dipenjara tahun ini, sekurang- kurangnya 56 wartawan Internet – pertama kali mengatasi wartawan akhbar yang mengalami nasib serupa.
Pemberita dalam talian yang pertama dikenakan hukuman penjara pada 1997.
Kumpulan berikutnya, 53 orang, terdiri editor akhbar, wartawan mdia cetak dan jurugambar.
Tahun lepas, 127 wartawan dihukum penjara di seluruh dunia.
Tambah Simon, sejak dua tahun lepas, pertubuhannya bersama syarikat Internet, pelabur dan kumpulan hak asasi berjuang mendesak kerajaan agar membuka ruang kebebasan di alam siber.
Dalam tempoh tersebut, kumpulan itu membentuk Global Network Initiative atau Inisiatif Jaringan Sejagat yang menyediakan garis panduan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan Internet menjaga hak kebebasan di dunia maya.
Yahoo, Google dan Microsoft termasuk dalam jaringan tersebut, tambah CPJ.
Menurut laporan itu lagi, China masih lagi negara yang paling ramai memenjarakan wartawan diikuti oleh Cuba, Burma, Eritrea dan Uzbekistan daripada 29 negara yang berbuat demikian.
Kelima-lima negara ini terus-menerus berbuat demikian sepanjang penelitian CPJ, laporan itu dipetik.
the word “freedom of speech” is no longer suitable for the reporter that has been prison, it should be “prison of speech”.
2 Comments to 'prison of speech'
5 December 2008
kerana itu lah kena jaga bahasa…
http://writtenbyhim.wordpress.com/
7 December 2008
yup…
I agree.
some people abusing the “freedom of speech” privileges.
but not all…