Sekalung tahniah diucapkan buat mawi dan ekin yang selamat diijab-kabulkan di masjid sultan abu bakar johor bahru pada hari sabtu lepas 20 disember 2008.
Mudah-mudahan ikatan yang dicipta berkekalan hingga akhir hayat.
Bukan mudah bagi pasangan suami isteri lebih-lebih lagi kedua-duanya adalah pasangan artis.
Perlayaran sebagai suami isteri bertambah cabaran dan pelbagai onak duri perlu ditempuhi sebagai suami isteri.
Moga mawi dan ekin boleh menjadi contoh teladan buat pasangan artis suami isteri.
Bukan hendak melemahkan semangat "raja sehari" yang baru mawi ekin.
Sudah menjadi satu kelaziman di mana peminat dan wartawan hiburan sememanganya akan mengikuti kehidupan peribadi pasangan suami isteri artis tersebut.
Segala cerita kehidupan peribadi pasti akan terpampang di dada-dada akhbar.
Bagi yang lemah pasti akan mengundang pecah belah di antara suami isteri yang mana akan mengundang perpecahan (perceraian) antara keduanya
Sekali gus akan menjadi buah mulut peminat dan akan mensensasikan akhbar hiburan utama negara.
Percayalah perkahwinan itu indahn namun segala onak dan duri harus diharungi bersama dengan tabah dan sabar