Budaya ‘Cut And Paste’ Punca Kemerosotan Kualiti Penyelidikan Pelajar IPTA
KOTA KINABALU, 23 Mac (Bernama) — Budaya mengambil maklumat daripada internet atau lebih dikenali sebagai ‘cut and paste‘ merupakan antara punca kemerosotan kualiti penyelidikan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi.
Beliau berkata penggunaan komputer dan internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan telah mencetuskan budaya kerja “cut and paste” dan sehingga mengabaikan proses penyelidikan untuk maju ke hadapan.
“Walaupun kemudahan komputer dan internet menjadi alat pembelajaran terpenting pada hari ini, namun pelajar IPTA tidak seharusnya membudayakan amalan ini kerana ia tidak menggambarkan ciri-ciri kesarjanaan graduan yang berkualiti dan berwibawa.
“Graduan sepatutnya mempunyai kebolehan yang menyeluruh dan tidak semata-mata bergantung kepada ICT,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian 1 Megalab, di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Likas dekat sini hari ini.
…
— BERNAMA
how do you think about this?
8 Comments to 'Cut And Paste'
24 March 2009
aku rasa dia sendri same gak time blaja dulu..macam tak biasa je..hehe
27 March 2009
hehehe.
macam tak pernah je lak kan?
24 March 2009
aku tak setuju…aku tak cut n paste…aku copy n paste…haha
sbnrnya budaya ni dh lama…bukan student skang jer…dulu2 lg dah ada dah..tp payah nak kantoi pasal takde google…diorang kena gi library n copy dari buku kat library..kena tulis balik satu2…
27 March 2009
teknologi semacam canggih,
pemikiran masih ditakuk yang lama,
bukan setakat kat sekolah je yang “cut and paste” berlaku.
sampai kerja pon buat.
copy report orang lain.
24 March 2009
… copy and paste vs buat research .. tu yang membezakan pelajar cemerlang dengan ‘cukup makan’…
27 March 2009
betul tu.
tapi yang “cut and paste” tu pon cemerlang.
cemerlang menipu namanya…
24 March 2009
setuju sangat2.
budaya copy n paste atau plagiarism ni memang menumpulkan tahap kreatif dan budaya research di kalangan student.
aduhai. bila nak maju camni.
27 March 2009
tak jadi tak bagusnya sebab diorang copy bulat-bulat.
diorang kalau improvise dan eloborate idea asal pastu bagi kredit kat penulis asal ok lagi.